Monday, August 16, 2010

Apa itu Duit?

Kita memang tidak bole dipisahkan dengan duit, tanpa duit kita tiadk dapat teruskan hidup didunia moden ini. Tapi adakah anda tahu asal duit ini? Kenapa ianya kertas yang berwarna warni? Tidakkah anda pelik kenapa anda membeli barangan keperluan menggunakan kertas sahaja? Kenapa orang dahulu menggunakan emas dan perak dan juga gangsa sebagai medium pertukaran?

Untuk menjawab semua persolan itu kita kena berbalik kepada sejarah. Berdasarkan sejarah manusia bercucuk tanam, menternak, bertukang dan ada yang menjala ikan. Bagaimanapun, setiap individu hanya bole melakukan satu kerja pada satu masa. Contoh micro yang boleh kita ambil disini ialah katakan disebuah pulau ada 4 buah keluarga yang menjalankan aktiviti ekonomi yang berlainan.Ali menjalankan aktiviti menjala ikan, Siti pula menanam beras, Ahmad menternak lembu dan Abu mendulang emas(kaya dan ada kapal). Selama tempoh mereka menjalan aktiviti masing2 mereka hanya menggunakan sebahagian dari pengeluaran mereka, lebihan kalau boleh simpan mereka simpan. Lama kelamaan lebihan semakin banyak dan ada yang busuk dan rosak. Terlintas di fikiran mereka lebih baik ditukarkan suka sama suka antara mereka. Ali berfikir ada baiknya lebihan ikan beliau ditukarkan sikit dengan beras atau daging lembu. Jadi bermula barter trade suka sama suka antara mereka. Masa berjalan, Ahmad merasakan yang sukar untuk melakukan trade suka sama suka ini sebab ada masa yang beliau nak ikan tetapi Ali tak mahu lembu. Siti pun mengalami keadaan yang sama, beliau nak lembu tetapi Ahmad tak mahu lembu. Nak dijadikan cerita Abu dah berjaya mendulang banyak emas dan ada sikit perak.
  • Abu mencadangkan kepada mereka, "Apa kata saya ambil semua lebihan hasil dari anda dan saya tukarkan dengan emas atau perak".
  • Mereka menjawab," Kalau semua anda ambil, macam mana kami nak tukar dengan barangan lain?"
  • Abu menjawab," Senang saja, kamu simpan emas atau perak hasil tukaran itu, bila rasa nak barangan lain bagi la emas. Contohnya bila nak beli ikan bagi emas, tak perlu lagi nak tunggu kalau Ali nak barangan kamu."
Selepas itu, Abu pun mengumpul hasil aktiviti mereka semua dan pergi berdagang ke tempat lain. Ali, Ahmad dan Siti amat berpuas hati sebab aktiviti mereka menjadi semakin mudah. Abu akan datang sekali sekala untuk menukarkan emas beliau dengan hasil yang mereka usahakan.

Sekarang cuba kita fikir sejenak, pada bila masanya dari emas sebagai sistem pertukaran boleh berubah kepada kertas yang warna warni yang digunapakai kita sekarang ini? Yang ini akan kami ceritakan dalam posting yang lain. Posting ini nak beritahu apa itu asal duit saja.

Intro kepada Fun Economy

Ekonomi mempunyai maksud yang begitu luas, sesetengah berpendapat ekonomi ialah pengeluaran dan permintaan, adakah KDKK negara naik, tahap penganguran tinggi, hutang negara naik ke turun, FDI bertambah atau kurang, memang betul tapi maksud ekonomi lebih dari itu.

Jika hanya itu maksud ekonomi maka bosanlah ekonomi ni!!! Jadi disini kami ingin mengambil peluang menceritakan yang kehidupan anda ialah satu kitaran ekonomi yang samada lengkap atau mempunyai "missing hole". Kami lebih tertarik menceritakan sisi gelap ekonomi atau benda2 yang tidak selalu anda dengari. Atas beberapa fakta yang cukup untuk menceritakan dari gaji anda hingga cara  simpanan yang betul.

Jika anda hendak membaca tentang ekonomi yang menarik dan tidak bosan seperti yang anda dengar sekarang dan banyak nombor2 yang anda pun tidak tahu maksudnya teruskan mengikuti blog ini. Kami akan updates sekerap mungkin.